Thursday, 8 May 2014

Teori membaca


TEORI  MEMBACA  “BOTTOM-UP”
Ø  Terdapat  dua  proses   untuk  memperolehi  maklumat  dan  manfaat  dari  bahan  bacaan  iaitu :
1.      Mengenal  pasti  huruf-huruf  yang  terdapat  di  permukaan  bertulis,  sama  ada  huruf  tersebut  dalam  bentuk  ortografi.
2.      Mengenal  pasti  huruf  dalam  bentuk  huruf  roman, (tulisan  rumi)  dan  bentuk  huruf  arab  (tulisan  jawi).
Ø  Huruf-huruf  ini  digabungkan  ke  dalam  satu  sistem  ejaan  yang  digunakan  dalam  sesuatu  bahasa.
Ø  Dari  kumpulan  perkataan  ini,  pembaca  akan  terus  memperoleh makna  daripada  ayat  yang  terbentuk  dari  kumpulan  perkataan  tersebut.
Ø  Dari  ayat  pula  terbina  perenggan  yang  memberikan  makna  secara  berwacana  kepada  pembaca.

Ø  Apabila  pembaca  memperoleh  maklumat  yang  lengkap  dari  bahan  bacaannya,  ia  dikira  sebagai  proses  yang  berjaya.

TEORI  MEMBACA  “TOP-DOWN”
Ø  Untuk  melakukan  proses  membaca  ini,  pembaca  tidak  perlu  mengenal  pasti  setiap  patah  perkataan  yang  terdapat  dalam  bahan  bercetak  secara  terperinci.
Ø  Pembaca  hanya  perlu  faham  bahan  bacaannya  secara  keseluruhan,  kemudian  membuat  perincian  maksud  perenggan  yang  berbeza.
Ø  Selepas  itu,  pembaca  perlu  mencerakinkan  ayat-ayat  yang  terdapat  pada  setiap  perenggan  sekiranya  perlu.
Ø  Perkara  yang  diutamakan  dalam  proses  membaca  ini  ialah  untuk  mendapatkan  maklumat.
Ø  Kaitan  proses  membaca  ini  dengan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  ini  adalah  berasaskan  Teori  Pembelajaran  Linguistik.
Ø  Teori  ini  menghuraikan  bahawa  makna  tidak  terdapat  pada  teks,  tetapi  diri  individu  yang  membaca.
Ø  Maksud  petikan  yang  menyeluruh  adalah  lebih  utama  daripada  perkataan  yang  dipaparkan  dalam  bahan  bacaan.
Ø  Membaca  melibatkan  kiu  bahasa  iaitu  grafonik,  sintaksis  dan  semantik.   
Ø  Teori  ini  juga  berpendapat  fonik  setiap  patah  perkataan  tidak  perlu  dikuasai  secara  terperinci  kerana  membaca  adalah  satu  proses  untuk  membina  makna.

 MODEL TRANSACTIONAL
Ø  Merujuk kepada model interaksi dua hala antara seseorang individu dengan individu yang lain. Interaksi antara individu ini boleh melibatkan medium pengantaraan seperti nota, teks dan sebagainya.

Ø  Membaca ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa   atau  konteks tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang, pembaca, dan teks.

Ø  Membaca adalah "aktiviti memilih” bahan bacaan. Pembaca membawa perasaan, sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau penimbulan.

Ø  Pendirian kita ke arah membaca mungkin efferent (saintifik, membaca untuk info) atau estetik (seni, perasaan). Namun begitu, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman yang akan   mereka  perolehi daripada teks itu.

Ø  Pengajaran bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya mengalakkan transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan memudah cara aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk membuat makna mereka sendiri.


Model Interaktif

Ø  Memperihalkan  membaca sebagai proses yang aktif bagi menterjemah maksud ke atas teks yang dibaca. Model Interaktif melihat proses membaca sebagai pola pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.

Ø  Tahap pemahaman pembaca ke atas teks dipengaruhi oleh minat pembaca, tujuan pembacaan dan pengetahuan pembaca terhadap teks berinteraksi dengan pemboleh ubah teks (jenis teks, sintaksis dan sebagainya).

Ø  Menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put.

Ø  Membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif

Ø  Proses  membaca  Top- down  dan  proses  membaca  Bottom-down  boleh timbul secara silih berganti atau serentak bergantung kepada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks.

Teknik belajar membaca

Teknik  membaca untuk  belajar :

  1. Teknik tinjauan.
  2. PORPE.
  3. Mencatat nota.
  4. PLEA.
  5. Bengkel internet.

TEKNIK TINJAUAN
  1. Menyediakan murid dengan sistem pendekatan guru untuk membuat semakan awal (preview) bab kandungan.
  2. Menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untuk digunakan sebagai persediaan murid membaca telus.
  3. Dari segi pelaksanaan, teknik ini menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik dan merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R.

  • Aukerman mencadangkan 6 langkah prosedur yang boleh digunakan jika kandungan buku teks disusun secara tradisi. 
  • Teknik ini akan menjadi lebih mudah jika kandungan bab dalam buku teks tersebut disusun seperti berikut :
  1. Judul buku.
  2. Pengenalan.
  3. Tajuk utama dengan subtajuk.
  4. Ringkasan.
  5. Soalan-soalan reviu.
  6. Latihan.

TEKNIK PORPE
  • PORPE merupakan panduan belajar yang dicipta oleh Simpson. Panduan ini direka untuk membantu murid dalam :
  1. Merancang, memantau dan menilai pembelajaran mereka secara aktif.
  2. Mempelajari proses-proses yang melibatkan penyediaan peperiksaan esei.
  3. Menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara mempelajari bahan bidang kandungan.
  • Teknik PORPE terdapat 5 langkah iaitu :
  1. Predict (menelah).
  2. Organize (menyusun).
  3. Rehearse (raptai).
  4. Practice (berlatih).
  5. Evaluate (menilai).

TEKNIK MENCATAT NOTA UNTUK BELAJAR
  • Kemahiran mencatat nota dapat:
  1. Membantu murid menyediakan dan menyusun nota dengan cara yang sistematik.
  2. Menyediakan cara yang betul untuk membuat semak semula maklumat isi kandungan mata pelajaran yang telah dipelajari.
  • Peralatan asas untuk menulis nota ialah pensel dan kertas.
  • Kertas yang digunakan perlu mudah diasing-asingkan dan dikumpulkan dalam sebuah fail supaya mudah dikeluarkan apabila dikehendaki.
  • Dicadangkan menggunakan sebelah muka surat kertas berukuran 8 1/2  X 11 inci, dengan lajur 3 inci di sebelah kiri muka surat.
  • Murid  boleh  membuat  garisan  lajur  sendiri  kerana  sukar  mendapatkan  kertas  atau  buku  nota  yang  menyediakan  lajur  3  inci  di  sebelah  kiri  muka  surat.  
  • Terdapat  3  langkah  untuk  mengambil  nota  iaitu  :
  1. Merekod.
  2. Menyusun.
  3. Belajar  daripada  nota.

TEKNIK  PLEA  (PREPLAN, LIST, ACTIVATE AND EVALUATE)

Tujuan  strategi  membaca  PLEA  adalah  :
  1. Menyediakan  murid  dengan  satu  sistem  belajar  yang  membolehkan  murid  memantau  dan  mengawal  pembelajaran  mereka.
  2. Dapat  membantu  murid  menjadi  murid  yang  berdikari  melalui  pembinaan  kesedaran  metakognitif  semasa  belajar.
  • Murid  perlu  belajar  cara-cara  untuk  menentukan  matlamat,  menetapkan  sumber,  dan membuat  perancangan  tindakan  yang  akan  menyatupadukan  strategi  yang  sesuai  dan  melakukan  latihan  sepanjang  masa.
  • Murid  perlu  memiliki  sekumpulan  strategi  untuk  menangani  pelbagai  tugasan  dan  teks  yang  akan  mereka  temui.  Mereka  juga  perlu  tahu  bahawa  tidak  ada  strategi  yang  terbaik  dan  tidak  ada  strategi  yang  sesuai  bagi  semua  tugasan.
  • Murid  perlu  belajar  cara-cara  untuk  memilih  strategi  yang  paling  sesuai  berdasarkan  ciri  teks,  tugasan,  dan  keutamaan  pembelajaran  teks  berkenaan.
  • Murid  perlu  belajar  cara-cara  menggunakan  dan  memantau  perancangan  tindakan  dan  melakukan  perubahan  yang  sesuai  apabila  perlu,  dan
  • Murid  perlu  belajar  cara-cara  menilai  kejayaan  atau  kegagalan perancangan  mereka  berasaskan  maklumat  dan  tugasan  dalam  rangka  merancang  untuk  situasi  akan  datang.

Ada  empat  langkah  untuk  menjalankan  PLEA  iaitu :
  1. Preplanning  ( Perancangan  awal ).
  2. Listing  ( Menyenaraikan).
  3. Activating ( Mengaktifkan ).
  4. Evaluating ( Menilai ).


BENGKEL  INTERNET
  • Satu  strategi  membaca  untuk  mendapatkan  maklumat  daripada  internet.
  • Sesuai  digunakan  kerana  mudah  dilaksanakan  di  dalam  bilik  darjah  semasa  pengajaran  berlangsung.
  •  Ia  juga  mudah  disesuaikan  dalam  jadual  pengajaran  mana-mana  kelas,  dan  ia  boleh  digunakan  tanpa  mengorbankan  satu  lagi  elemen  kurikulum. 
  • Terdiri  daripada  bacaan  yang  bebas  daripada  maklumat  di  internet  sekitar  topik  dan  lokasi  yang  pada  mulanya  ditetapkan  oleh  guru,  ia  diakhiri  dengan  sesi  bengkel  yang  singkat.
  • Bengkel  internet  direka  bentuk  berkisar  dalam  tiga  tema  iaitu :
  1. Literasi  lahir  daripada  sesuatu  peristiwa  khusus.
  2. Kemunculan  pelbagai  literasi  hasil  daripada  perubahan  teknologi.
  3. Literasi  menjadi  pelbagai. 
  4. Sesebuah sesi bengkel internet boleh jadi merupakan sebuah simulasi atau aktiviti yang menjadi pusat dalam pengajaran, atau ia merupakan aktiviti yang digabungkan dengan pengajaran kemahiran yang lain.
Kaedah  pelaksanaan :
  1. Tetapkan  tapak  internet.
  2. Tetapkan  aktiviti.
  3. Selesaikan  aktiviti  carian.
  4. Kongsikan  dapatan.

Wednesday, 7 May 2014

Keterampilan Membaca: Pendekatan Dalam Mengajar Membaca

Klik pada tajuk carian anda

1. Pengenalan Pendekatan

2. Kesediaan Membaca

3. Penampilan Literasi dan penguasaan bahasa

4. Pengenalan Kaedah dalam pendekatan holistik

5. Pendekatan dalam mengajar membaca

Keterampilan Membaca: Pemilihan bahan bacaan

Setiap individu mempunyai perbezaan baik dari segi minat mahupun daya tarikan. Oleh yang sedemikian, persembahan bahan bacaan kepada khalayak pembaca perlulah bersesuaian mengikut sasaran karya. Terdapat berberapa faktor penting yang menjadi prinsip dalam pemilihan bahan bacaan.





i.                   Tulisan (Font)
Pemilihan tulisan ini merangkumi saiz, jenis tulisan, ketebalan tulisan (bold), jarak antara baris (spacing), dan juga jarak antara huruf. Lazimnya, pembaca kanak-kanak memilih tulisan yang besar, ditebalkan serta berjarak. Namun bagi pembaca dewasa, pemilihan tulisan lebih kepada kejelasan serta memudahkan penyampaian makna karya. Perhatikan gambar di bawah, pilih bentuk tulisan yang sesuai mengikut peringkat umur.



Gambar 1: Jenis tulisan




Gambar 2: Warna tulisan



ii.                 Penggunaan ilustrasi atau bahan grafik
Umum mengetahui, penggunaan ilustrasi atau bahan grafik dalam bahan bacaan mampu menarik serta mempengaruhi pembaca untuk membaca selain untuk memudahkan pemahaman pembaca. Namun demikian, penggunaan ilustrasi atau bahan grafik yang tidak sesuai dalam bahan bacaan boleh mengurangkan minat pembaca untuk membaca. Selain itu, bahagian letak grafik juga penting bagi mengelakkan tumpuan pembaca terhadap bahan bacaan. 






Gambar atas: Lebih sesuai untuk pelajar sekolah menengah







Gambar atas: Sesuai untuk pelajar peringkat rendah



iii.              Perbendaharaan kata
Pemilihan bahan bacaan juga bergantung kepada pemilihan atau penggunaan perbendaharaan kata di dalamnya. Perbendaharaan kata perlulah sesuai mengikut peringkat umur. Bagi pelajar sekolah menengah, perbendaharan kata yang digunakan tidaklah terlalu sukar tetapi tidak semudah perbendaharaan kata yang digunakan di peringkat sekolah rendah. Kepanjangan perkataan yakni jumlah suku kata dan juga jumlah huruf diambil kira dalam pemilihan bahan bacaan. Perkataan yang sukar tetapi diulang berkali-kali di dalam teks akan memudahkan lagi pemahaman pembaca terhadap isi yang ingin disampaikan oleh pengarang.



iv.              Ayat
Ayat yang kompleks lazimnya menyukarkan pembaca faham akan isi yang ingin disampaikan. Lazimnya, pembaca lebih suka memilih bahan bacaan yang mudah, jelas, dan tidak kompleks ayatnya. Selain itu, penggunaan ayat pasif dan juga ayat aktif juga merupakan salah satu komponen pemilihan bahan bacaan. Teks yang mengandungi banyak ayat pasif menyukarkan pembaca memahami makna teks. Bukan itu sahaja, penggunaan yang banyak dalam teks juga menyukarkan serta melambatkan tempoh pemahaman pembaca terhadap isi teks.



v.                Isi
Isi kandungan merupakan antara perkara yang penting dalam pemilihan bahan bacaan. Pembaca lazimnya memilih bahan bacaan berdasarkan minat atau hobi mereka. Isi bahan bacaan yang sesuai dengan minat akan lebih mendapat tumpuan serta difahami dengan mudah. Misalnya, kanak-kanak biasanya lebih tertarik kepada buku cerita yang mampu mencuit hati mereka manakala orang dewasa pula lebih tertarik kepada isi yang berbentuk fiksyen.