Wednesday, 30 April 2014

Keterampilan Membaca: Penampilan literasi dan penguasaan bahasa



  • Guru berpendapat pengajaran pembacaan hanya dapat dijalankan sekiranya kanak-kanak telah dapat menguasai satu set kemahiran asas sebagai persediaan untuk menguasai kemahiran membaca.

  • Guru percaya kegagalan menguasai kemahiran  mengenal  semua  huruf  ini akan menggagalkan kemahiran yang seterusnya.

  • Seterusnya mereka percaya bahawa penumpuan yang perlu dibuat pada peringkat awal usia kanak-kanak yang baru mengenali literasi ialah pada aspek pembacaan.

  • Ini juga bermaksud penulisan (kecuali pembentukan huruf secara mekanis dan tulisan tangan) perlu ditangguh sehingga kanak-kanak telah mencapai kemahiran membaca sepenuhnya.

  • Konsep  penampilan  literasi  dicetuskan  daripada  pelbagai  kajian  yang  dijalankan  oleh  M.M.Clay  (1967),  seorang  tokoh  bhasa  daripada  New  Zealand.

  • Kajian  yang  dijalankan  oleh  beliau  menekankan  aspek  penguasaan  bahasa  dan  tabiat  membaca  pada  peringkat  awal  kanak-kanak  sehingga  ke  usia  remaja.

  • Penampilan  literasi  bermaksud  kanak-kanak  membina  kemahiran  membaca  dan   menulis tanpa  permulaaan  dan  juga  pengakhiran.

  • Kedua-dua  kemahiran  tersebut  berlaku  secara  serentak  dan  saling  bergantung  antara  satu  sama  lain.

  • Proses  ini  berlaku  lama  menerusi  perlbagai  aktiviti  dan  pengalaman  yang  diperoleh  daripada  kehidupan  seharian  dan  interaksinya   dengan  rakan  sebaya  dan  orang  dewasa.

  • Penguasaan  bahasa  adalah  satu  proses  interaksi  sosial.

No comments:

Post a Comment