Thursday, 1 May 2014

Keterampilan Membaca: Teknik membaca secara berkoperatif








"Untuk membangun dan maju ke hadapan, kita perlu ilmu pengetahuan. Satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan ialah dengan membaca..." -AllahyarhamTun Abdul Razak-
Membaca merupakan salah satu perkara penting dalam proses pembelajaran. Melalui teknik membaca secara berkoperatif ini, pelajar diberi peluang untuk membaca bahagian atau buku. Kemudiannya, murid-murid dikehendaki membincangkan atau dengan lebih tepat lagi membentangkan hasil bacaan mereka kepada kumpulan yang lebih besar. Ringkasnya, melalui teknik ini murid-murid digalakkan untuk membaca di samping diberi peluang untuk berbincang dan seterusnya bertindak balas berdasarkan pemahaman mereka terhadap bahan bacaan. 

          Antara ciri-ciri membaca secara berkoperatif adalah seperti berikut:-

i)                  Kaedah ini dilakukan secara berpasangan atau bertiga.
ii)               Pembaca memilih atau diberikan bahagian tertentu dalam bahan bacaan.
iii)            Pembaca perlulah menghabiskan bacaannya.
iv)            Pembaca menceritakan semula hasil bacaannya kepada kumpulan yang lebih besar.
v)               Refleksi serta ulasan dilakukan secara bersama-sama.



  Teknik ini boleh digunakan sebagai aktiviti mengajar membaca di dalam kelas. Bagi konteks pembelajaran dan pengajaran membaca menggunakan teknik ini dalam kelas, guru boleh melaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:-

 

No comments:

Post a Comment