Wednesday, 7 May 2014

Kaedah Membaca Senyap, Meringkas dan Bertindak Balas.

Kaedah Dalam Membaca Senyap :

Bacaan Mentalis merupakan pembacaan secara  senyap  yang dikenali sebagai membaca dalam hati (silent reading).   Ia juga merupakan satu kegiatan membaca yang melibatkan ingatan (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.  Oleh itu, tujuan utama membaca jenis ini untuk memperolehi maklumat  serta pemahaman.  Membaca mentalis  merupakan kata kunci bagi segala ilmu pengetahuan kita dan aktiviti membaca yang  menguasai sebahagian besar hidup kita.  Disamping itu, berbeza dengan membaca nyaring iaitu dapat dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak mengganggu orang lain.
Dalam realiti kehidupan kini,  setiap orang membaca bahan bacaan  sesuai dengan pilihan mereka.  Hal ini dapat dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.  Manakala,  membaca secara perseorangan mengikut kesesuai masing-masing dikenali sebagai (personalized reading).  Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan pendekatan terhadap aturan kelas.  Mengikut konsepnya, setiap murid harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri dalam program membaca secara perseorangan yang merupakan salah satu cara yang menarik.  Kesannya pembacaan ini dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan.
Terdapat dua jenis bacaan bagi kaedah  membaca senyap iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif yang mana kedua-dua kaedah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.  Oleh itu, bacaan mentalis merupakan satu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maksudnya tanpa mengeluarkan suara atau bunyi.  Kelajuan dalam bacaan mentalis lebih cepat daripada bacaan mekanis, hal ini kerana terdapat beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, bunyi, sebutan yang jelas dan sebagainya namun bagi bacaan mentalis semua itu tidak diperlukan.
Kebiasaan, bacaan mentalis ini dilakukan apabila murid-murid  sudah mencapai tahap kemahiran dan kecekapan dalam bacaan mekanis.  Tujuan bacaan ini  dibuat adalah :

                                  i            Untuk melatih murid-murid supaya  membaca dengan sendirinya.
                                ii            Untuk melatih murid-murid membaca dan memahami apa yang dibaca.
                              iii            Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
                              iv            Untuk  meningkatkan  pengetahuan.
                                v            Sebagai hiburan. 

Aktiviti bacaan mentalis :
                                  i            Untuk kefahaman.
                                ii            Bahan-bahan yang diajar mengikut peringkat iaitu bahan-bahan yang sedikit dan mudah kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
                              iii            Guru memberi dan menentukan  bahan bacaan.  Semasa P&P, guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
                              iv            Guru adakan soal jawab dan berbincang perkataan serta rangkai kata yang susah.


Kaedah Meringkas dan Bertindak Balas:

Apabila murid-murid selesai membaca keseluruhan petikan, murid-murid perlu meringkaskan apa yang telah dibaca.  Kemudian, murid-murid juga harus bertindak balas dengan berbincang apakah yang mereka rasakan terhadap bahan yang mereka baca dan menentukan apakah yang perlu dilakukan terhadap bahan tersebut.  Ketika menggunakan kaedah ini, murid-murid perlu mengikut urutan seperti membaca sesuatu ayat, paragraf atau muka surat. Sekiranya mereka belum bersedia untuk membaca bahan tersebut, teruskan  pada murid yang lain.


No comments:

Post a Comment