- Teknik tinjauan.
- PORPE.
- Mencatat nota.
- PLEA.
- Bengkel internet.
TEKNIK TINJAUAN
- Menyediakan murid dengan sistem pendekatan guru untuk membuat semakan awal (preview) bab kandungan.
- Menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untuk digunakan sebagai persediaan murid membaca telus.
- Dari segi pelaksanaan, teknik ini menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik dan merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R.
- Aukerman mencadangkan 6 langkah prosedur yang boleh digunakan jika kandungan buku teks disusun secara tradisi.
- Teknik ini akan menjadi lebih mudah jika kandungan bab dalam buku teks tersebut disusun seperti berikut :
- Judul buku.
- Pengenalan.
- Tajuk utama dengan subtajuk.
- Ringkasan.
- Soalan-soalan reviu.
- Latihan.
TEKNIK PORPE
- PORPE merupakan panduan belajar yang dicipta oleh Simpson. Panduan ini direka untuk membantu murid dalam :
- Merancang, memantau dan menilai pembelajaran mereka secara aktif.
- Mempelajari proses-proses yang melibatkan penyediaan peperiksaan esei.
- Menggunakan proses menulis sebagai salah satu cara mempelajari bahan bidang kandungan.
- Teknik PORPE terdapat 5 langkah iaitu :
- Predict (menelah).
- Organize (menyusun).
- Rehearse (raptai).
- Practice (berlatih).
- Evaluate (menilai).
TEKNIK MENCATAT NOTA UNTUK BELAJAR
- Kemahiran mencatat nota dapat:
- Membantu murid menyediakan dan menyusun nota dengan cara yang sistematik.
- Menyediakan cara yang betul untuk membuat semak semula maklumat isi kandungan mata pelajaran yang telah dipelajari.
- Peralatan asas untuk menulis nota ialah pensel dan kertas.
- Kertas yang digunakan perlu mudah diasing-asingkan dan dikumpulkan dalam sebuah fail supaya mudah dikeluarkan apabila dikehendaki.
- Dicadangkan menggunakan sebelah muka surat kertas berukuran 8 1/2 X 11 inci, dengan lajur 3 inci di sebelah kiri muka surat.
- Murid boleh membuat garisan lajur sendiri kerana sukar mendapatkan kertas atau buku nota yang menyediakan lajur 3 inci di sebelah kiri muka surat.
- Terdapat 3 langkah untuk mengambil nota iaitu :
- Merekod.
- Menyusun.
- Belajar daripada nota.
TEKNIK PLEA (PREPLAN, LIST, ACTIVATE AND EVALUATE)
Tujuan strategi membaca PLEA adalah :
- Menyediakan murid dengan satu sistem belajar yang membolehkan murid memantau dan mengawal pembelajaran mereka.
- Dapat membantu murid menjadi murid yang berdikari melalui pembinaan kesedaran metakognitif semasa belajar.
- Murid perlu belajar cara-cara untuk menentukan matlamat, menetapkan sumber, dan membuat perancangan tindakan yang akan menyatupadukan strategi yang sesuai dan melakukan latihan sepanjang masa.
- Murid perlu memiliki sekumpulan strategi untuk menangani pelbagai tugasan dan teks yang akan mereka temui. Mereka juga perlu tahu bahawa tidak ada strategi yang terbaik dan tidak ada strategi yang sesuai bagi semua tugasan.
- Murid perlu belajar cara-cara untuk memilih strategi yang paling sesuai berdasarkan ciri teks, tugasan, dan keutamaan pembelajaran teks berkenaan.
- Murid perlu belajar cara-cara menggunakan dan memantau perancangan tindakan dan melakukan perubahan yang sesuai apabila perlu, dan
- Murid perlu belajar cara-cara menilai kejayaan atau kegagalan perancangan mereka berasaskan maklumat dan tugasan dalam rangka merancang untuk situasi akan datang.
Ada empat langkah untuk menjalankan PLEA iaitu :
- Preplanning ( Perancangan awal ).
- Listing ( Menyenaraikan).
- Activating ( Mengaktifkan ).
- Evaluating ( Menilai ).
BENGKEL INTERNET
- Satu strategi membaca untuk mendapatkan maklumat daripada internet.
- Sesuai digunakan kerana mudah dilaksanakan di dalam bilik darjah semasa pengajaran berlangsung.
- Ia juga mudah disesuaikan dalam jadual pengajaran mana-mana kelas, dan ia boleh digunakan tanpa mengorbankan satu lagi elemen kurikulum.
- Terdiri daripada bacaan yang bebas daripada maklumat di internet sekitar topik dan lokasi yang pada mulanya ditetapkan oleh guru, ia diakhiri dengan sesi bengkel yang singkat.
- Bengkel internet direka bentuk berkisar dalam tiga tema iaitu :
- Literasi lahir daripada sesuatu peristiwa khusus.
- Kemunculan pelbagai literasi hasil daripada perubahan teknologi.
- Literasi menjadi pelbagai.
- Sesebuah sesi bengkel internet boleh jadi merupakan sebuah simulasi atau aktiviti yang menjadi pusat dalam pengajaran, atau ia merupakan aktiviti yang digabungkan dengan pengajaran kemahiran yang lain.
Kaedah pelaksanaan :
- Tetapkan tapak internet.
- Tetapkan aktiviti.
- Selesaikan aktiviti carian.
- Kongsikan dapatan.
No comments:
Post a Comment