Setiap individu mempunyai perbezaan baik dari segi
minat mahupun daya tarikan. Oleh yang sedemikian, persembahan bahan bacaan
kepada khalayak pembaca perlulah bersesuaian mengikut sasaran karya. Terdapat
berberapa faktor penting yang menjadi prinsip dalam pemilihan bahan bacaan.
i.
Tulisan
(Font)
Pemilihan
tulisan ini merangkumi saiz, jenis tulisan, ketebalan tulisan (bold), jarak antara
baris (spacing), dan juga jarak
antara huruf. Lazimnya, pembaca kanak-kanak memilih tulisan yang besar,
ditebalkan serta berjarak. Namun bagi pembaca dewasa, pemilihan tulisan lebih
kepada kejelasan serta memudahkan penyampaian makna karya. Perhatikan gambar di
bawah, pilih bentuk tulisan yang sesuai mengikut peringkat umur.
Gambar 1: Jenis tulisan
Gambar 2: Warna tulisan
ii.
Penggunaan
ilustrasi atau bahan grafik
Umum
mengetahui, penggunaan ilustrasi atau bahan grafik dalam bahan bacaan mampu
menarik serta mempengaruhi pembaca untuk membaca selain untuk memudahkan
pemahaman pembaca. Namun demikian, penggunaan ilustrasi atau bahan grafik yang
tidak sesuai dalam bahan bacaan boleh mengurangkan minat pembaca untuk membaca.
Selain itu, bahagian letak grafik juga penting bagi mengelakkan tumpuan pembaca
terhadap bahan bacaan.
Gambar atas: Lebih sesuai untuk pelajar sekolah menengah
Gambar atas: Sesuai untuk pelajar peringkat rendah
iii.
Perbendaharaan
kata
Pemilihan
bahan bacaan juga bergantung kepada pemilihan atau penggunaan perbendaharaan
kata di dalamnya. Perbendaharaan kata perlulah sesuai mengikut peringkat umur.
Bagi pelajar sekolah menengah, perbendaharan kata yang digunakan tidaklah
terlalu sukar tetapi tidak semudah perbendaharaan kata yang digunakan di
peringkat sekolah rendah. Kepanjangan perkataan yakni jumlah suku kata dan juga
jumlah huruf diambil kira dalam pemilihan bahan bacaan. Perkataan yang sukar
tetapi diulang berkali-kali di dalam teks akan memudahkan lagi pemahaman
pembaca terhadap isi yang ingin disampaikan oleh pengarang.
iv.
Ayat
Ayat
yang kompleks lazimnya menyukarkan pembaca faham akan isi yang ingin
disampaikan. Lazimnya, pembaca lebih suka memilih bahan bacaan yang mudah,
jelas, dan tidak kompleks ayatnya. Selain itu, penggunaan ayat pasif dan juga
ayat aktif juga merupakan salah satu komponen pemilihan bahan bacaan. Teks yang
mengandungi banyak ayat pasif menyukarkan pembaca memahami makna teks. Bukan
itu sahaja, penggunaan yang banyak dalam teks juga menyukarkan serta
melambatkan tempoh pemahaman pembaca terhadap isi teks.
v.
Isi
Isi
kandungan merupakan antara perkara yang penting dalam pemilihan bahan bacaan.
Pembaca lazimnya memilih bahan bacaan berdasarkan minat atau hobi mereka. Isi
bahan bacaan yang sesuai dengan minat akan lebih mendapat tumpuan serta
difahami dengan mudah. Misalnya, kanak-kanak biasanya lebih tertarik kepada
buku cerita yang mampu mencuit hati mereka manakala orang dewasa pula lebih tertarik
kepada isi yang berbentuk fiksyen.
No comments:
Post a Comment