Gambar hiasan: Novel-novel komponen sastera sekolah menengah
- Literasi bahasa
adalah kemampuan menggabungkan
keseluruhan kemahiran berbahasa
iaitu mendengar, bertutur
( kecuali mereka yang
mempuunyai kecacatan kekal
pendengaran dan pertuturan ),
membaca, menulis dan
berfikir.
- Kemahiran berfikir
adalah mendampingi keempat-empat
kemahiran asas bahasa
tersebut.
- Bagi membantu
para pelajar membina
dan menguasai literasi
bahasa, guru perlu
mengambil kira bahawa
setiap komponen kemahiran
yang dinyatakan tidak
diabaikan.
- Setiap kemahiran
seharusnya tidak diajar secara berasingan atau diajar dalam tajuk yang
terpisah-pisah kerana kesemua aspek kemahiran tersebut terbina secara bersepadu
dan saling bantu-membantu di antara satu sama yang lain.
- Perkembangan pendidikan Bahasa Melayu di sekolah pada masa yang sama juga percaya bahawa kanak-kanak perlu belajar membaca terlebih dahulu sebelum diajar kemahiran menulis.
- Kelewatan mendedahkan
pelajar pada pengalaman membaca dan menulis yang jitu akan menyebabkan
kebantutan dalam proses mereka menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.
- Kanak-kanak pada usia
awal persekolahan perlu didedahkan dengan pengalaman membaca dan menulis yang
sebenar secara bersepadu.
- Mereka perlu disuakan
dengan pelbagai bahan bacaan yang diterbitkan dalam bentuk yang asal seperti
buku cerita yang mempunyai tema dan mesej yang khusus, di samping mengandungi
pelbagai ilustrasi yang menarik.
- Mereka juga perlu
diberi peluang menyalurkan apa yang terkandung dalam pemikiran mereka dalam
bentuk penulisan dengan kemampuan yang ada pada peringkat usia mereka sendiri.
- Latihan begini
merupakan langkah awal bagi membina pengalaman yang lebih kukuh pada peringkat
yang lebih matang.
- Ejaan ciptaan yang
digunakan kanak-kanak pada peringkat awal ini menjadi asas bagi memperkenalkan
mereka dengan alam penulisan yang sebenar pada peringkat yang lebih dewasa.
No comments:
Post a Comment