Masalah
dalam Membaca :
Terdapat tiga faktor masalah dalam membaca iaitu :
- Faktor fizikal
- Faktor kognitif dan bahasa
- Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan
i.
Faktor fizikal :
Masalah penglihatan,
pendengaran, pertuturan, neurologikal seperti kerosakan otak (terencat akal,
aphasia dan lain-lain), kesihatan (masalah jantung, kurang zat makanan yang
serius dan lain-lain).
ii.
Faktor kognitif dan bahasa :
Berpunca daripada
kecerdasan yang rendah atau terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan
yang serius. Tahap kognitif yang rendah
akan menyebabkan proses untuk perolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar
di fahami. Bagi faktor bahasa pula, melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan
keupayaan semantik dan sintaksis.
iii.
Faktor emosi, persekitaran dan
pendidikan :
·
Emosi kanak-kanak memberi kesan yang
besar terhadap penyesuaian individu dan sosial mereka. Masalah ini berpunca daripada faktor-faktor
fizikal dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca.
· Persekitaran bagi kanak-kanak yang tidak
bernasib baik seperti tidak mendapat sokongan keluarga atau mendapat kasih
sayang sepenuhnya akan menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk
dalam kebolehan membaca.
· Pendidikan pula tidak menyediakan
peluang belajar secar individu, mengabaikan kemahiran membaca dalam aktiviti
sekolah, cara belajar yang tidak berkesan dan sebagainya.
Faktor-faktor
Masalah Bacaan:
- Tidak boleh mentafsir huruf/visual.
- Konsep kendiri yang rendah
- Tidak matang dari segi emosi dan intelek
- Lemah daya ingatan
- Gagap
- Gangguan pengamatan.
- Kurang rangsanganMudah hilang tumpuan
No comments:
Post a Comment