Teknik Membaca Meringkas
Teknik membaca meringkas merupakan teknik membaca yang mudah. Teknik ini biasanya diaplikasikan di dalam bilik darjah. Teknik ini kebiasannya menggunakan beberapa aktiviti seperti yang berikut:
- Murid-murid diberikan satu petikan ringkas tentang makanan berkhasiat.
- Murid-murid dikehendaki membaca petikan tersebut secara keseluruhan. Setelah mereka membaca petikan tersebut, mereka perlu meringkaskan apa yang telah mereka fahami dalam bahasa yang mudah.
- Setelah meringkaskan bahan yang dibaca oleh mereka, mereka perlu bertindak balas dengan berbincang tentang bahan yang telah dibaca dan pendapat mereka tentang bahan bacaan tersebut.
- Murid juga perlu menentukan perkara yang perlu mereka lakukan terhadap bahan tersebut.
- Sebagai contoh, mereka boleh bercerita kepada rakan-rakan yang lain tentang bahan yang dibaca, membuat ringkasan tentang cerita tersebut, membuat lukisan berkaitan bahan bacaan tersebut dan melakonkan beberapa babak yang menunjukkan isi bahan tersebut.
Ketika murid-murid menggunakan teknik membaca ini, mereka perlu mengikut urutan bacaan seperti membaca ayat, perenggan atau muka surat.
No comments:
Post a Comment