"Bangsa membaca, bangsa berjaya" |
Lazimnya, teknik membaca
lantang (read aloud) ini dikaitkan
sebagai teknik yang digunakan untuk mengajar membaca di peringkat awal belajar
membaca. Abd.
Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, Jamaludin Tubah (2006:249) ada menyatakan
bahawa teknik membaca lantang boleh digunakan oleh ibu bapa di rumah bagi
membantu penguasaan bahasa yang baik pada peringkat rendah. Namun demikian,
persepsi bahawa teknik membaca lantang hanya sesuai untuk murid-murid yang
berada pada peringkat awal belajar membaca adalah tidak betul. Hal ini demikian
kerana teknik ini sangat sesuai digunakan dan dilaksanakan untuk pelajar
sekolah menengah juga. Bezanya, aktiviti ini tidaklah lagi bermodelkan guru
sebagaimana di peringkat awal membaca tetapi berfokus kepada pelajar sahaja.
Antara ciri-ciri teknik membaca lantang adalah seperti
berikut:-
i. Terdapat seorang
model (guru ataupun pelajar) yang melakukan pembacaan.
ii. Murid-murid yang
lain mengikuti bacaan tersebut secara beramai-ramai.
iii. Terdapat
proses berbincang, bertindak balas dan juga menyemak semula telahan.
iv. Berlaku
perbincangan atau murid-murid perlu menceritakan semula perkara yang telah
dibaca.
Terdapat
beberapa manfaat penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran semasa
di dalam kelas. Antaranya ialah seperti berikut:-
- Murid-murid
dapat mendengar serta memahami bahan bacaan melalui perbincangan selepas
membaca.
- Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata kerana mereka mendengar penggunaan perkataan-perkataan tersebut dalam konteks.
- Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran ingatan mereka.
- Murid-murid mengetahui sebutan yang betul.
- Murid-murid melatih diri mereka membaca dengan lancar.
Teknik
ini sangat sesuai digunakan bagi menghasilkan kefahaman murid-murid terhadap
bahan bacaan. Di peringkat sekolah menengah, guru boleh melaksanakan teknik ini
untuk memudahkan pelajar memahami teks-teks yang susah difahami. Kaedah
ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah, konsep atau
perkataan yang sukar. Langkah-langkah
perlaksanaan adalah seperti berikut:-
No comments:
Post a Comment