Apakah itu penilaian dalam pendidikan bacaan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian secara umumnya adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Berdasarkan tujuan dan pelbagai objektif pentaksiran, ia
boleh dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu
- Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesuatu kursus atau projek. Dalam pendidikan, pentaksiran sumatif digunakan untuk memberikan gred kursus yang diambil kepada murid;
- Pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif biasanya diberikan kepada murid sepanjang sesuatu kursus atau projek. Pentaskiran formatif juga merujuk kepada pentaksiran pembelajaran, iaitu sebagai salah satu strategi membantu murid belajar. Dalam pendidikan, pentaksiran formatif ini mungkin berlaku kepada guru atau murid, memberikan maklum balas terhadap kerja murid, dan tidak semestinya dengan memberikan gred kerana tujuan pentaksiran jenis ini bukan untuk membandingkan pencapaian murid.
- Pentaksiran Berasaskan Prestasi. Pentaksiran kategori ini sama dengan pentaskiran sumatif kerana ia berfokuskan pencapaian. Biasanya ia berkait dengan pentaksiran berasaskan standard yang menggunakan tindak balas yang bebas berasaskan soalan-soalan yang standard. Tugasan yang diberikan itu didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta, penghasilkan atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Prestasi murid diukur daripada produk yang dihasilkan seperti mengecat, portfolio, pameran, atau kemungkinan sesuatu persembahan seperti ucapan, kemahiran atlit, muzik dan membaca.
- Pentaksiran Internal dan Eksternal. Pentaksiran internal ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru). Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran eksternal pula ditentukan oleh sesuata badana tau sindiket seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditandakan oleh pakar dari luar. Murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja dan mereka tidak dimaklumkan tentang kelemahan mereka.
No comments:
Post a Comment