Bacaan
Mentalis merupakan pembacaan secara senyap
yang dikenali sebagai membaca dalam hati (silen reading). Ia juga merupakan satu kegiatan membaca yang
melibatkan ingatan (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Oleh itu, tujuan utama membaca jenis ini
untuk memperolehi maklumat serta pemahaman. Disamping itu, bacaan ini berbeza dengan membaca nyaring
iaitu dapat dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak mengganggu orang lain.
Setiap orang
membaca bahan bacaan sesuai dengan
pilihan mereka. Hal ini dapat dilakukan
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
Manakala, membaca secara
perseorangan mengikut kesesuai masing-masing dikenali sebagai (personalized
reading). Pengajaran membaca seperti ini
merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan pendekatan terhadap aturan
kelas. Mengikut konsepnya, setiap murid
harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri dalam program membaca secara
perseorangan yang merupakan salah satu cara yang menarik. Kesannya pembacaan ini dapat memenuhi
keperluan individu tersebut secara berkesan.
Terdapat
dua jenis bacaan bagi kaedah membaca
senyap iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif yang mana kedua-dua kaedah
ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Oleh itu, bacaan mentalis merupakan satu bacaan yang disuarakan dalam
hati atau menukarkan isi bacaan kepada maksudnya tanpa mengeluarkan suara atau
bunyi. Kelajuan dalam bacaan mentalis
lebih cepat daripada bacaan mekanis, hal ini kerana terdapat beberapa perkara
yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, bunyi, sebutan yang
jelas dan sebagainya namun bagi bacaan mentalis semua itu tidak diperlukan.
Kebiasaan,
bacaan mentalis ini dilakukan apabila murid-murid sudah mencapai tahap kemahiran dan kecekapan
dalam bacaan mekanis. Tujuan bacaan ini dibuat adalah :
i. Untuk melatih
murid-murid supaya membaca dengan
sendirinya.
ii. Untuk melatih
murid-murid membaca dan memahami apa yang dibaca.
iii. Untuk melatih
murid-murid membaca senyap dengan pantas.
iv. Untuk meningkatkan pengetahuan.
v. Sebagai hiburan.
Aktiviti bacaan
mentalis :
i. Untuk kefahaman.
ii. Bahan-bahan yang diajar
mengikut peringkat iaitu bahan-bahan yang sedikit dan mudah kepada bahan-bahan
yang banyak dan susah.
iii. Guru memberi dan
menentukan bahan bacaan. Semasa P&P, guru membantu dan memandu
murid-murid yang lemah.
iv.Guru adakan soal jawab
dan berbincang perkataan serta rangkai kata yang susah.
No comments:
Post a Comment