Pentaksiran berasaskan sekolah ialah pentaksiran yang
dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
berlangsung.
Azizi (2010) menghuraikan secara terperinci peranan guru
dalam PBS ini. Menurut beliau, dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan
(1) perkembangan, (2) kebolehan, (3) kemajuan dan (4) pencapaian murid.
Guru juga menentukan
- hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir,
- merancang dan membina instrumen pentaskiran,
- melaksanakan pentaksiran,
- merekodkan hasil pentaksiran,
- menganalisis maklumat pentaksiran,
- melaporkan hasil pentaksiran dan
- membuat tindakan susulan.
Dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani),
psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini
mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan
konsep assessment for learning dan assessment of learning.
No comments:
Post a Comment