TEORI MEMBACA
“BOTTOM-UP”
Ø Terdapat dua
proses untuk memperolehi
maklumat dan manfaat
dari bahan bacaan
iaitu :
1. Mengenal pasti
huruf-huruf yang terdapat
di permukaan bertulis,
sama ada huruf
tersebut dalam bentuk
ortografi.
2. Mengenal pasti
huruf dalam bentuk
huruf roman, (tulisan rumi)
dan bentuk huruf
arab (tulisan jawi).
Ø Huruf-huruf ini
digabungkan ke dalam
satu sistem ejaan
yang digunakan dalam
sesuatu bahasa.
Ø Dari kumpulan
perkataan ini, pembaca
akan terus memperoleh makna daripada
ayat yang terbentuk
dari kumpulan perkataan
tersebut.
Ø Dari ayat
pula terbina perenggan
yang memberikan makna
secara berwacana kepada
pembaca.
Ø Apabila pembaca
memperoleh maklumat yang
lengkap dari bahan
bacaannya, ia dikira
sebagai proses yang
berjaya.
TEORI MEMBACA
“TOP-DOWN”
Ø Untuk melakukan
proses membaca ini,
pembaca tidak perlu
mengenal pasti setiap
patah perkataan yang
terdapat dalam bahan
bercetak secara terperinci.
Ø Pembaca hanya
perlu faham bahan
bacaannya secara keseluruhan,
kemudian membuat perincian
maksud perenggan yang
berbeza.
Ø Selepas itu,
pembaca perlu mencerakinkan
ayat-ayat yang terdapat
pada setiap perenggan
sekiranya perlu.
Ø Perkara yang
diutamakan dalam proses
membaca ini ialah
untuk mendapatkan maklumat.
Ø Kaitan proses
membaca ini dengan
proses pengajaran dan
pembelajaran ini adalah
berasaskan Teori Pembelajaran
Linguistik.
Ø Teori ini menghuraikan
bahawa makna tidak
terdapat pada teks,
tetapi diri individu
yang membaca.
Ø Maksud petikan
yang menyeluruh adalah
lebih utama daripada
perkataan yang dipaparkan
dalam bahan bacaan.
Ø Membaca melibatkan
kiu bahasa iaitu
grafonik, sintaksis dan
semantik.
Ø Teori ini
juga berpendapat fonik
setiap patah perkataan
tidak perlu dikuasai
secara terperinci kerana
membaca adalah satu
proses untuk membina
makna.
MODEL TRANSACTIONAL
Ø Merujuk
kepada model interaksi dua hala antara seseorang individu dengan individu yang
lain. Interaksi antara individu ini boleh melibatkan medium pengantaraan
seperti nota, teks dan sebagainya.
Ø Membaca
ialah proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu, pada masa atau konteks
tertentu, dengan teks tertentu. Ia adalah suatu transaksi antara pengarang,
pembaca, dan teks.
Ø Membaca
adalah "aktiviti memilih” bahan bacaan. Pembaca membawa perasaan, sikap,
jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks, dan ini membawa kepada makna, atau
penimbulan.
Ø Pendirian
kita ke arah membaca mungkin efferent
(saintifik, membaca untuk info) atau estetik
(seni, perasaan). Namun begitu, pendirian pembaca yang menentukan pengalaman
yang akan mereka perolehi daripada teks itu.
Ø Pengajaran
bacaan memerlukan seorang guru mengemukakan soalan yang berupaya mengalakkan
transaksi bacaan yang lebih kompleks, dan membina dan memudah cara
aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang menggalakkan pembaca untuk membuat
makna mereka sendiri.
Model
Interaktif
Ø Memperihalkan membaca sebagai proses yang aktif bagi
menterjemah maksud ke atas teks yang dibaca. Model Interaktif melihat proses
membaca sebagai pola pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental
pembaca wujud secara serentak.
Ø Tahap
pemahaman pembaca ke atas teks dipengaruhi oleh minat pembaca, tujuan pembacaan
dan pengetahuan pembaca terhadap teks berinteraksi dengan pemboleh ubah teks
(jenis teks, sintaksis dan sebagainya).
Ø Membaca
adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif
Ø Proses membaca
Top- down dan proses
membaca Bottom-down boleh timbul secara silih berganti atau
serentak bergantung kepada pemboleh ubah pembaca dan pemboleh ubah teks.