Membaca ialah satu
proses memahami makna maklumat. Pembaca berinteraksi dengan bahan bacaan bagi
memberi makna kepada maklumat yang terdapat dalam bahan bacaan. Membaca menurut Goodman (1973) adalah proses
psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat
dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan
yang dilakukan. Harris dan Sipay (1980) pula mentakrifkan membaca adalah satu
keperluan individu itu perlu mahir atau dapat membaca lambang-lambang bercetak
bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya.
- Membaca merupakan asas pembentukan diri ke
arah mendapatkan pengetahuan (Yahya
Othman,2006)
- Takrifan
membaca juga bergantung kepada tujuan pembacaan tersebut berdasarkan
pengetahuan sedia ada pembaca (Meithy
Djiwatampu, 2008)
- Membaca dikatakan sebagai sebuah proses
yang bersifat dinamik (Yahya Othman,
2004)
- Proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis
(Harris & Sipay, 1980)
- Perlakuan
membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan
tanggapan yang dibuat oleh pembaca (Smith
& Johnson, 1980)
- Membaca adalah proses psikolinguistik
yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang
dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan (Goodman, 1973)
- Membaca
ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991)
- Membina
jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang tercetak di
permukaan bertulis (Mahzan Arshad, 2003)
- Membaca
merupakan suatu kegiatan interaktif bagi memahami makna perkara yang terkandung
dalam bahan tulis (Samsu Somadayo,
2011).
- Membaca
adalah untuk memahami pola-pola bahasa serta tujuan penulisan (Henry GunturTarigan, 1985).
- Membaca adalah mengemukakan atau
membunyikan rangkaian lambang – lambang bahan tulis yang dilihatnya dari huruf
menjadi kata, kemudian menjadi frasa, kalimat dan seterusnya. (Kholid A.
H dan Lilis S, 1997)
No comments:
Post a Comment