Wednesday, 30 April 2014
Keterampilan Membaca: Definisi 'membaca'
Membaca ialah satu
proses memahami makna maklumat. Pembaca berinteraksi dengan bahan bacaan bagi
memberi makna kepada maklumat yang terdapat dalam bahan bacaan. Membaca menurut Goodman (1973) adalah proses
psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat
dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan
yang dilakukan. Harris dan Sipay (1980) pula mentakrifkan membaca adalah satu
keperluan individu itu perlu mahir atau dapat membaca lambang-lambang bercetak
bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya.
- Membaca merupakan asas pembentukan diri ke
arah mendapatkan pengetahuan (Yahya
Othman,2006)
- Takrifan
membaca juga bergantung kepada tujuan pembacaan tersebut berdasarkan
pengetahuan sedia ada pembaca (Meithy
Djiwatampu, 2008)
- Membaca dikatakan sebagai sebuah proses
yang bersifat dinamik (Yahya Othman,
2004)
- Proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis
(Harris & Sipay, 1980)
- Perlakuan
membaca ialah mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan
tanggapan yang dibuat oleh pembaca (Smith
& Johnson, 1980)
- Membaca adalah proses psikolinguistik
yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang
dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan (Goodman, 1973)
- Membaca
ialah proses mencari makna. Anda belum membaca selagi anda tidak memahami (Safiah Othman, 1991)
- Membina
jambatan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru yang tercetak di
permukaan bertulis (Mahzan Arshad, 2003)
- Membaca
merupakan suatu kegiatan interaktif bagi memahami makna perkara yang terkandung
dalam bahan tulis (Samsu Somadayo,
2011).
- Membaca
adalah untuk memahami pola-pola bahasa serta tujuan penulisan (Henry GunturTarigan, 1985).
- Membaca adalah mengemukakan atau
membunyikan rangkaian lambang – lambang bahan tulis yang dilihatnya dari huruf
menjadi kata, kemudian menjadi frasa, kalimat dan seterusnya. (Kholid A.
H dan Lilis S, 1997)
Keterampilan Membaca: Penampilan literasi dan penguasaan bahasa
- Guru berpendapat
pengajaran pembacaan hanya dapat dijalankan sekiranya kanak-kanak telah dapat
menguasai satu set kemahiran asas sebagai persediaan untuk menguasai kemahiran
membaca.
- Guru percaya kegagalan
menguasai kemahiran mengenal semua
huruf ini akan menggagalkan
kemahiran yang seterusnya.
- Seterusnya mereka
percaya bahawa penumpuan yang perlu dibuat pada peringkat awal usia kanak-kanak
yang baru mengenali literasi ialah pada aspek pembacaan.
- Ini juga bermaksud
penulisan (kecuali pembentukan huruf secara mekanis dan tulisan tangan) perlu
ditangguh sehingga kanak-kanak telah mencapai kemahiran membaca sepenuhnya.
- Konsep penampilan
literasi dicetuskan daripada
pelbagai kajian yang
dijalankan oleh M.M.Clay
(1967), seorang tokoh
bhasa daripada New
Zealand.
- Kajian yang
dijalankan oleh beliau
menekankan aspek penguasaan
bahasa dan tabiat
membaca pada peringkat
awal kanak-kanak sehingga
ke usia remaja.
- Penampilan literasi
bermaksud kanak-kanak membina
kemahiran membaca dan
menulis tanpa permulaaan dan
juga pengakhiran.
- Kedua-dua kemahiran
tersebut berlaku secara
serentak dan saling
bergantung antara satu
sama lain.
- Proses ini
berlaku lama menerusi
perlbagai aktiviti dan
pengalaman yang diperoleh
daripada kehidupan seharian
dan interaksinya dengan
rakan sebaya dan
orang dewasa.
- Penguasaan bahasa adalah satu proses interaksi sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)